Tarikh : 11 April 2023 Masa : 2.00Pm- 4:00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word 2021 kepada para pelajar sekolah rendah. Disamping itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik. Selain daripada itu, Modul ini juga bertujuan untuk memberi asas kemahiran kemahiran tentang Microsoft Office Word 2021 kepada Para pelajar sekolah dan memberi pendedahan asas penggunaan MS Word 2021 secara terperinci. Objektif utama kelas ini juga adalah membimbing dan membantu mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan komputer dan juga mahir dalam penggunaan Microsoft Office Word 2021 yang terkini.
Aktiviti
Terlebih dahulu, para peserta akan diajar melalui teori dan praktikal. Secara teori, para peserta diajar untuk mngenali dan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Word 2021. Para peserta juga diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Word 2021 serta fungsinya. Disamping itu juga, peserta dapat mempelajari cara-cara menggunakan Ms Word untuk menaip surat rasmi. Secara keseluruhannya, para peserta dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Word 2021 dengan lebih terperinci dengan adanya kelas ICT ini.