mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Mac 2023 – Program Keusahawanan Kluster Kota Marudu (Kelas Gubahan Bunga Diy)

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program Kluster Kota Marudu pada kali ini dibuat di PEDi Kg Tingkalanon iaitu membuat gubahan bunga / Hand Bouquet dengan peserta sebanyak 8 orang. Kelas ini dikendalikan oleh Pn. Tina sebagai tenaga pengajar untuk membuat gubahan bunga. selain itu, aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu dalam perniagaan kepada peserta. Para peserta akan diajar cara-cara untuk membuat gubahan bunga yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Dengan adanya aktiviti ini ianya dapat membantu peserta mendapatkan pendapatan sampingan serta dapat memupuk minat belia berkecimpung dalam bidang perniagaan.  Selanjutnya, para peserta dapat menjadikan PEDi sebagai one-stop center untuk mendapatkan ilmu serta kemahiran dalam bidang perniagaan dan ICT. 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan apa itu gubahan bunga dan cara-cara untuk membuat gubahan bunga yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Selain itu, para peserta diajar teknik-teknik yang mudah untuk menghasilkan hand bouquet yang bersesuain dengan budget. Setiap peserta diminta menghasilkan hand bouquet mengikut kreativiti tersendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan oleh tenaga pengajar. Peserta dibimbing secara berterusan sepanjang kelas dilaksanakan agar mereka lebih memahami dan mempraktikan teknik-teknik yang diberikan oleh tenaga pengajar. 

GAMBAR DISINI