Tarikh : 11 Februari 2023 Masa : 9.00Am – 11.00Am Lokasi : PEDi Kg Tandek Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas keusahawanan iaitu membuat kelas membuat kek telah diadakan di PEDi Kampung Tandek dengan peserta seramai 5 orang. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan para peserta dalam bidang pembuatan kek. Selain itu, kelas ini dapat membantu usahawan untuk mendapatkan wang sampingan dengan menjual kek. Oleh itu, para peserta mendapat peluang untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam menghasilkan kek mengikut kreativiti masing-masing.
Aktiviti
Para peserta yang datang dalam kelas ini diberi penerangan tentang cara-cara pembuatan kek. Tenaga pengajar membimbing para peserta semasa kelas belansung di PEDi Kg Tandek. Para peserta diberi latihan secara praktikal dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan oleh tenaga pengajar bagar mereka lebih memahami apa yang diajar oleh tenaga pengajar.