Tarikh : 8 Februari 2023 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Advokasi klik dengan bijak iaitu maklumat palsu bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang kebertanggungjawaban dalam menggunakan platform digital dan juga memastikan kesahihan sebuah maklumat atau berita. Selain itu, advokasi ini juga boleh memberi pengetahuan awal agar sentiasa berhati-hati dalam mempercayai sesuatu sumber berita dan tidak menyebarkan tanpa membuat kesahihan.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan di PEDi Simpang Tiga Langkon dan dimulaikan dengan sesi penerangan tentang maklumat palsu dan langkah-langkah menangani berita atau maklumat palsu di dalam kalangan para pelajar. Seterusnya, aktiviti kuiz dijalankan bagi menguji minda serta kefahaman para pelajar tentang kesedaran maklumat palsu.