Tarikh : 06 Februari 2023 Masa : 2:00 Pm – 4:00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti E-Learning Pengenalan Huruf ini dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak. kebolehan membaca sangat penting dan perlu dipelajari walaupun kanak-kanak masih diperingkat tadika. Selain itu, kemahiran membaca pada peringkat awal kanak-kanak lagi amat penting kerana keupayaan membaca menjadikan diri kanak-kanak lebih yakin, aktif dan bertenaga. Selanjutnya, aktiviti ini bertujuan untuk merangsang minda yang berkembang, memperbaiki pengenalan huruf, kemahiran dan komunikasi lisan serta kemahiran berkonsep. Ia turut membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dan lebih cepat belajar.
Aktiviti
Aktivit ini diawali dengan pengenalan penggunaan komputer kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 6 Tahun. Seterusnya, petugas menyediakan video atau melayari youtube E-Learning untuk membantu kanak-kanak dalam mengenal huruf dan dapat meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam menggunakan komputer. Sepanjang Aktiviti ini dilaksanakan kanak-kanak tersebut mengikut SOP dan peraturan PEDi.