Tarikh : 1 Februari 2023 Masa : 2:00 Pm – 4:00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada pengenalan asas komputer. Kelas ICT asas pengenalan komputer ini memberi asas kemahiran komputer kepada pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Selain itu, petugas memperkenalkan pelajar kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Pengenalan komputer kepada para pelajar dapat membantu mereka menyiapkan tugasan dengan cepat dan mudah. seterusnya, pelajar juga diberi pendedahan tentang kebaikan dan keburukan penggunaan komputer untuk masa depan mereka. Setiap pelajar perlu diberikan pendedahan terutamanya advokasi tentang penggunaan komputer dalam kegunaan harian mereka. Komputer dan internet sangat penting pada masa kini oleh itu pelajar harus mengambil ilmu asas dalam ICT.
Aktiviti
Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Para pelajar diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, pelajar juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Seterusnya, Pelajar juga diberi quiz advokasi tentang keselamatan penggunaan internet dalam kehidupan harian mereka.