Tarikh : 20 Januari 2023 Masa : 9.00 Am – 11.30 Am Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk menjalankan kempen program keselamatan mengenai Klik Dengan Bijak yang dilaksanakan oleh SKMM kepada pelajar sekolah dengan topik Maklumat Peribadi. Pelajar diberi penerangan tentang maksud maklumat peribadi dimana identiti adalah tanggungjawab pengguna sendiri. Program ini bertujuan untuk memberi peringatan dan tip-tip keselamatan (akaun peribadi penting) kepada para pelajar sebagai pengguna siber di era masa kini semasa melayari internet menggunakan komputer awam. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang baik buruk kesan internet kepada golongan muda generasi kini. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar pentingnya bagi pengguna Internet untuk mengamalkan kawalan privasi.
Aktiviti
Petugas PEDi memberi penerangan secara terperinci tentang program Klik Dengan Bijak dengan topik Maklumat Peribadi yang dijalankan menggunakan laman web www.klikdenganbijak.my. Pelajar seterusnya dikehendaki menulis maklumat-maklumat yang mereka pelajari semasa petugas memberi penerangan. Sesi soal jawab dan kuiz secara atas talian turut diadakan bagi memastikan pelajar dapat menjawab persoalan mengenai KDB.