Tarikh : 05 Disember 2022 Masa : 9:00 Am – 10.30 Am Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk melakukan aktiviti secara atas talian yang dapat meningkatkan kemahiran dan dapat melakukan aktiviti yang berfaedah iaitu sebuah permainan pendidikan yang menarik dan menyeronokkan di PEDi. Selain itu, aktiviti mewarna ini dapat membantu meningkatkan potensi kreativiti kanak-kanak dalam kombinasi warna yang digunakan. Melalui aktiviti ini ianya dapat menarik minat kanak-kanak untuk datang di PEDi sekaligus menjadikan PEDi one-stop center untuk mereka meningkatkan kemahiran dalam penggunakan komputer.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan melalui web https://www.online-coloring.com/. Petugas memberikan penerangan kepada peserta cara-cara menggunakan laman web ini. kemudian peserta diberikan masa untuk mewarna secara atas talian berdasarkan lukisan yang mereka pilih. selain itu, petugas turut membantu peserta dalam pemilihan warna yang sesuai. Melalui aktiviti ini juga dapat membantu mengisi masa lapang peserta dan meningkatkan tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan dalam menyiapkan karya peserta. Sepanjang kelas dijalankan, Petugas memastikan SOP dipatuhi.