Tarikh : 3 Disember 2022 Masa : 2.00 Pm – 3.30 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi “Lindungi Kanak-kanak Daripada Pengantunan Dalam Talian” ini dilakukan adalah untuk memberi kesedaran awal kepada kanak-kanak tentang keselamatan penggunaan internet. Kanak-kanak harus diberi didikan awal tentang penggunaan internet dalam kehidupan harian mereka. internet adalah tempat yang bermanfaat untuk kanak-kanak belajar dan bermain, namun ia juga mengandungi ancaman yang boleh memberi kesan negetif kepada mereka. Kanak-kanak harus mempunyai pendedahan awal tentang Cyber grooming kerana kes ini banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak terutamanya dalam kes penderaan seks, eksploitasi atau pemerdagangan seks. Advokasi ini membantu kanak-kanak untuk lebih berhati-hati dalam penggunaan internet.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi tayangan video Lindungi Kanak-kanak daripada pengantunan dalam talian dilaman youtube. Kemudian petugas PEDi memberi sedikit penerangan tentang kesedaran keselamatan ketika menggunakan internet melalui laman web www.klikdenganbijak.com . Sepanjang aktiviti dijalankan, petugas turut memastikan peserta mematuhi SOP.