Kisah Kejayaan

Q4 2022 : KEUSAHAWANAN – Cik Nurul Husna Ismail

USAHAWAN MAKANAN BERASASKAN ROTI BUN

Nama       : Nurul Husna binti Ismail

Umur       : 31 Tahun

 Ahli         : 2020

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Cik Nurul Husna berasal daripada Kampung Bintasan. Beliau merupakan seorang Guru Kafa namun beliau berminat untuk mencari pendapatan sampingan dengan menjalankan perniagaan makanan seperti membuat Roti Bun dan Kuih Donut. Cik Nurul Husna begitu komited dalam menjalankan perniagaan yang beliau minati dan mempromosikan roti bun beliau. Makanan berasaskan roti bun dan kuih donut dijadikan sebagai salah satu produk makanan yang ingin dipasarkan secara atas digital melalui platform e-dagang yang telah dipelajari di PEDi Simpang Tiga Langkon.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, beliau hanya menjalankan aktiviti perniagaan menjual secara offline dengan menerima tempahan daripada pelanggan-pelanggan tetap beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau pernah menyertai beberapa kelas dan program anjuran PEDi. Tujuannya adalah untuk menimba lebih banyak ilmu dan pengetahuan tentang dunia pemasaran internet disamping beliau tidak mahu ketinggalan dengan yang lain berkaitan teknologi dan ICT. Antara ilmu dan kemahiran yang pernah beliau pelajari adalah Pemasaran Melalui Facebook, Whatsapp dan Shopee. Selepas mengikuti beberapa kelas dan program anjuran PEDi, kini perniagaan beliau lebih dikenali dan mendapat sambutan yang baik. Kini beliau aktif menerima tempahan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di sekitar Kota Marudu.