mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti November 2022 – Advokasi Klik Dengan Bijak (Buli Siber)

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada ahli PEDi tentang buli siber dan kesannya kepada seseorang individu. Petugas juga memberi pendedahan tentang kebaikan dan keburukan internet kepada peserta. Selain itu, petugas memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT dan keselamatan penggunaan internet “Klik Dengan Bijak” sebagai pengguna internet pada masa kini. Seterusnya, Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang langkah-langkah menagani buli siber dalam kalangan komuniti dan kanak-kanak. 

Aktiviti

Aktiviti bermula dengan sesi tayangan video siber buli dilaman youtube. Kemudian petugas PEDi memberi sedikit penerangan tentang kesedaran keselamatan ketika menggunakan internet melalui laman web www.klikdenganbijak.com . Sepanjang aktiviti dijalankan, petugas  turut memastikan peserta mematuhi SOP. 

GAMBAR DISINI