mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti November 2022 – Kelas ICT Latihan menggunakan Microsoft Powerpoint

Kelas Ict Microsoft Powerpoint bersama ahli PEDi Simpang Tiga Langkon dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Power Point 2021. Selain itu, objektif kelas ini adalah memperkenalkan peserta tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. seterusnya, kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi latihan dan praktikal kepada peserta agar lebih memahami penggunaan Microsoft Power Point 2021.

Aktiviti

Peserta diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Power Point 2021. Petugas mengajar peserta tentang fungsi-fungsi setipa kompenen yang terdapat dalam Ms Power Point dan mempraktikkan bersama peserta agar peserta lebih memahami tentang penggunaan komponen yang ada dalam Microsoft Power Point 2021. Secara keseluruhannya, peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT dan ilmu pengetahuan tentang pembelajaran yang dipelajari seperti Microsoft.

 GAMBAR DISINI