mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti November 2022 – Advokasi Pengenalan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia & KDB kepada Komuniti

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas apa itu Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) serta objektif Klik Dengan Bijak (KDB) kepada ibubapa. Hal ini kerana, PEDi merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Aktiviti ini juga dapat memberi pengetahuan am mengenai pengenalan objektif penubuhan PEDi. Pengenalan klik dengan bijak kepada ibubapa iaitu mengenai keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab sebagai seorang pengguna internet. Selain itu, KDB ini menekankan kesedaran tentang penggunaan internet dengan cara yang selamat, sentiasa berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian. 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan secara ringkas mengenai penubuhan PEDi dan pengenalan KDB. Sesi soal jawab turut dibuat supaya komuinti lebih memahami penubuhan PEDi. Secara keseluruhan aktiviti ini dapat mencapai objektif penubuhan PEDi iaitu membina sebuah masyarakat berpengetahuan.

GAMBAR DISINI