Tarikh : 21 Oktober 2022 Masa : 9:00 Am – 11:30 Am Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 1 Orang |
Kelas keusahawanan iaitu kelas membuat Stiker produk ini bertujuan untuk membimbing serta memberi latihan dan kemahiran kepada para usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri untuk mempelajari bagaimana menghasilkan sebuah stiker yang menarik bagi kegunaan produk dan perkhidmatan mereka. Kewujudan teknologi yang digunakan dapat memberi manfaat terhadap pekerjaan mereka serta dapat menimba ilmu tentang penggunaan ICT. peserta juga dapat mempelajari asas penggunaan aplikasi ini bagi menghasilkan poster yang menarik dengan mengikuti kreativiti tersendiri.
Aktiviti
Kelas ini dimulakan dengan sesi penerangan tentang pengguna canva kepada peserta iaitu cara yang lebih mudah untuk menyunting stiker mereka. Selain itu, petugas juga turut memberikan contoh template yang boleh digunakan oleh peserta secara percuma. Aktiviti ini juga dapat memberikan pengetahuan asas kepada peserta dalam menyunting stiker dan imej dengan menggunakan aplikasi canva. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, petugas memastikan SOP dipatuhi oleh setiap pengguna.