Tarikh : 22 Ogos 2022 Masa : 9.30 Am – 11.00 Am Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta membuat resume bagi permohonan pekerjaan. Selain itu, objektif kelas ini juga untuk memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Kelas ini dijalankan untuk memberikan sedikit penerangan mengenai Ms Word 2016 yang digunakan untuk membuat resume. Peserta boleh mengakses template resume dengan menggunakan Ms Word 2016 kemudian memasukkan maklumat ke dalam template resume itu untuk melengkapkan profile maklumat diri. Petugas juga menjelaskan contoh resume terbaik yang boleh digunakan untuk memohon pekerjaan.