Tarikh : 05 Ogos 2024 Masa : 09:00 Am – 11:30 Am Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk mengajar para usahawan untuk membuat kad bisnes menggunakan canva. Usahawan dapat belajar membuat kad bisnes untuk meningkatkan lagi prestasi jualan dan menjangkau pasaran yang lebih luas. Selain itu usahawan juga dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dalam menguasai canva.
Aktiviti
Petugas NADI menerangkan kepada usahawan mengenai aplikasi canva. Petugas juga menerangkan mengenai konsep teori dalam pemilihan warna dalam membuat kad bisnes melibatkan memilih warna yang mencerminkan identiti jenama, meningkatkan keterbacaan, dan menarik perhatian, sambil memastikan kombinasi warna yang seimbang dan profesional. Kemudian, petugas memberikan tugasan kepada usahawan untuk membuat satu kad bisnes mengikut kreativiti masing-masing.