Tarikh : 24 Julai 2024 Masa : 09:00 Am – 11:30 Am Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Petugas membantu ahli NADI yang terlibat dengan aktiviti berniaga dengan menyediakan latihan asas keusahawanan E- Dagang seperti Facebook. E dagang harus dimanfaatkan sebagai peluang perniagaan bagi melaksanakan strategi e-dagang yang tepat untuk promosi produk dan perkhidmatan mereka.
Aktiviti
Petugas NADI memberi pengenalan asas cara-cara berniaga di Facebook Page. Petugas juga mengajar teknik dan susunan ayat yang sesuai untuk meniaga atas talian. Selain itu, petugas juga menunjukkan demo cara-cara untuk membuat posting dalam Facebook dan memberika tugasan kepada usahawan untuk membuat posting dalam Facebook mereka.