Tarikh : 14 Julai 2024 Masa : 02.30 Pm – 04.30 Pm Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 7 Peserta |
Tujuan
Aktiviti STEM membina struktur binaan menggunakan tanah liat dan batang lidi bertujuan memupuk kerjasama antara ahli dalam pasukan bagi membina sebuah binaan atau bangunan yang stabil hanya dengan menggunakan 2 bahan sahaja. Antara objektif aktiviti STEM ini adalah seperti mengenali bentuk, warna dan tekstur tanah liat (Sains), menghasilkan binaan bangunan menggunakan tanah liat dan batang lidi (Teknologi), membentuk binaan yang kukuh (Engineering) dan mengira bilangan batang lidi dan tanah liat (Matematik). Aktiviti ini memerlukan daya berfikiran aras tinggi untuk membina struktur yang kukuh mengikut kreativiti masing-masing.
Aktiviti
Petugas NADI menyediakan bahan-bahan aktiviti seperti tanah liat dan batang lidi. Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara membuat struktur binaan dan memberi para pelajar menonton video di Youtube supaya mereka lebih faham. Petugas juga menunjukkan demo membina struktur binaan kepada pelajar. Setelah selesai para pelajar dikehendaki membina struktur binaan sendiri mengikut design dan kreativiti masing-masing. Melalui aktiviti ini dapat meingkatkan lagi ilmu pengetahuan tentang STEM kepada para peserta.