Tarikh : 03 Ogos 2022 Masa : 10.30 Am – 11.30 Am Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi ini dijalankan di PEDi Simpang Tiga Langkon bersama dengan ahli pedi. Tajuk yang disampaikan dalam kelas ini berkaitan dengan Pengenalan klik dengan bijak iaitu mengenai keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab sebagai seorang pengguna internet. Selain itu, KDB ini menekankan kesedaran tentang penggunaan internet dengan cara yang selamat, sentiasa berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan di PEDi Simpang Tiga Langkon dengan ahli pedi merupakan pelajar lepasan SPM. Aktiviti ini bermula dengan pembacaan info yang terdapat dalam laman web Klik Dengan Bijak https://klikdenganbijak.my/bm/about.php. Seterusnya, Petugas memberikan sedikit penerangan tentang kesedaran ketika menggunakan internet. Sepanjang Aktiviti ini dilaksanakan, petugas memastikan SOP dipatuhi.