Tarikh : 21 Mei 2024 Masa : 09.00 Am – 11.00 Am Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 6 Orang |
Kelas pengenalan AI For Rakyat ini adalah program pembelajaran kendiri dalam talian, direka untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai terhadap AI. Kelas ini dijalankan agar komuniti memahami maksud AI dan menghargai AI yang ada disekeliling mereka.
Aktiviti
Petugas menerangkan dan mendedahkan mengenai AI For Rakyat. Petugas mengajar peserta mengenai AI melalui platform yang telah disediakan oleh kerajaan. Petugas membimbing peserta untuk mengikuti setiap kursus yang disediakan dalam program tersebut. Peserta yang selesai mengikuti kursus akan layak mendapat dua jenis lencana iaitu AI Aware dan AI Appreciate. Dengan ini diharapkan, program ini dapat memberi fahaman asas tentang AI agar kita lebih faham yang ia adalah sebuah teknologi yang boleh membawa manfaat yang besar kepada kita sebagai individu yang tinggal dalam dunia arus digital.