Klinik Kesihatan Langkon
Jaraknya lebih kurang 4.3 km dari Simpang Tiga Langkon, pelbagai kemudahan dan rawatan kesihatan boleh didapati seperti perkhidmatan pesakit luar, klinik bayi dan ibu mengandung,klinik kanak-kanak dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, sekiranya penduduk menghadapi masalah kesihatan dan memerlukan rawatan segera penduduk boleh mendapatkan rawatan di Hospital Kota Marudu yang jaraknya lebih kurang 14km. selain itu, terdapat juga klinik 1Malaysia di sekitar Simpang Tiga Langkon.