mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti April 2024 – E-Pembelajaran & Kuiz Sejarah Level 3

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti E Pembelajaran dan kuiz Sejarah level 3 ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar supaya meminati sumber digital sejarah  dan membolehkan murid berfikir di luar konteks buku teks. Penerokaan pelbagai jenis sumber sejarah membolehkan pelajar  memahami urutan sesuatu peristiwa sejarah dengan lebih baik. Sifat E Pembelajaran yang interaktif dan menarik membuatkan pendekatan ini semakin menjadi pilihan dalam kalangan pelajar sekolah. Kuiz sejarah dibuat supaya para pelajar dapat mengingati konsep sejarah.

Aktiviti

Para pelajar menonton video mengenai sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Kedatangan Kuasa Barat di Youtube. Youtube mengandungi sumber digital sejarah yang mudah didapati. Petugas NADI juga memberi penerangan ringkas mengenai tajuk ini. Selain itu, kuiz sejarah https://wordwall.net/ms/resource/25512628/sejarah/kuiz-sejarah-tingkatan-3-bab-1-3 juga dilakukan oleh petugas agar pelajar lebih memahami apa yang mereka pelajari berkenaan dengan subjek sejarah. 

GAMBAR DISINI