Tarikh : 06 April 2024 Masa : 9.00 Am – 12.30 Pm Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Jelajah Peluang Pekerjaan anjuran dari Pusat Pembangunan Kerjaya Inter (PPKI) dan kerjasama Kluster NADI Kota Marudu bertujuan untuk membantu para belia dari Sabah untuk mencari peluang pekerjaan yang telah disediakan oleh Inter. Pelbagai jawatan dalam sektor industri pembuatan dan hospitaliti. Kemahiran Insaniah adalah antara elemen yang dikenalpasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global serta pesat dengan perubahan teknologi. Oleh itu, semasa sesi jelajah peluang pekerjaan ini dijalankan, Cik Norhashimah turut memberi penerangan mengenai kemahiran isaniah dalam kalangan belia pada masa kini.
Aktiviti
Petugas NADI menyediakan tempat, dan staff dari Pusat Pembangunan Kerjaya Inter (PPKI) iaitu Cik Norhashimah memberi sedikit taklimat ringkas kepada para peserta dan sesi temuduga berjalan sehingga selesai.