Kisah Kejayaan

CELIK IT Q1 2024 – Devra Devellen Marto

CELIK IT – BELAJAR MICROSOFT OFFICE, MULTIMEDIA DAN ADVOKASI

Nama         :  Devra Devellen Marto

 Umur        :  15 Tahun

 Ahli           :  2022

 

 

 

 

Latar belakang

Devra Devellen Marto merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Langkon Kota Marudu yang berumur 15 Tahun dan berasal dari Kampung Tagaroh Kota Marudu. Devra Devellen telah menjadi ahli NADI Simpang Tiga Langkon pada 22 Mei 2022 sehingga sekarang dan menjadi salah satu ahli yang aktif mengikuti aktiviti-aktiviti dan kelas ICT yang dianjurkan oleh NADI. Devra menjadikan NADI Simpang Tiga Langkon sebagai one-stop center untuk meningkat kemahiran ICT dan juga mengggunakan kemudahan NADI untuk mendapatkan maklumat seperti menggunakan google dan belajar pelbagai bidang seperti advokasi klik dengan bijak, STEM, soft Skill dan juga menyunting gambar. Semoga kelas-kelas ICT dan Advokasi yang dianjurkan oleh petugas NADI Simpang Tiga Langkon dapat membantu ramai komuniti dalam meningkatkan kemahiran ICT.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di NADI Simpang Tiga Langkon, kemahiran tahap pengetahuan komputer beliau hanya asas sahaja. Dirumah beliau mempunyai kemudahan laptop juga namun tidak tahu menggunakan perisian microsoft office dan cara-cara menyunting imej dan video. Hal ini kerana tiada ahli keluarga beliau yang dapat mengajar tentang Asas ICT ini. Beliau mengetahui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh NADI melalui rakan-rakan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan di NADI, beliau kini banyak meluangkan masa lapang beliau di NADI dengan melayari internet serta menyertai latihan dan program yang diadakan di NADI. Antara kelas yang sering disertai oleh beliau adalah kelas Asas Microsoft Office,Kelas Suntingan Imej dan E-Learning. Sebelum ini, beliau kurang pengetahuan tentang ICT. Melalui kelas dan program, pelbagai latihan asas komputer dan modul diberikan kepada beliau bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pembelajaran beliau. Apabila tiba musim cuti persekolahan atau cuti hujung minggu, beliau dan rakan-rakan beliau akan datang ke NADI bagi memenuhi masa lapang dengan melayari internet, media sosial serta mengikuti kelas atau aktiviti yang dijalankan oleh pihak NADI. Beliau kini semakin mahir dalam menggunakan komputer serta perisiannya dan beliau sedar betapa pentingnya kemahiran dan pengetahuan dalam bidang siber, terutamanya dalam zaman teknologi dan maklumat pada masa kini yang semakin berkembang pesat.