Tarikh : 23 Mac 2024 Masa : 9:00 Am – 11:30 Am Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Tajuk Scammer dan Hacker dipilih kerana ia menjadi topik semasa yang mana masih ramai masyarakat yang telah menjadi mangsa jenayah siber. Scammer bermaksud individu yang melakukan aktiviti penipuan untuk menganiaya orang lain manakala Hacker bermaksud aktiviti penggodaman iaitu pencerobohan yang dibuat oleh individu atau kumpulan yang dipanggil penggodam ke atas komputer pelayan tanpa mendapat keizinan dari pelayan rangkaian komputer tersebut. Melalui aktiviti ini, pelajar mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjelajahi internet secara selamat dan bijak serta melindungi privasi mereka dalam talian.
Aktiviti
Kelas KDB Scammer (Penipuan) & Hacker (Penggodam) yang diadakan di NADI Simpang Tiga Langkon dan dimulakan dengan sesi penerangan. Aktiviti kuiz juga dijalankan untuk menguji minda serta kefahaman para pelajar tentang tajuk ini. Pada akhir pembelajaran dapat meningkatkan kesedaran peserta terhadap pelbagai ancaman dan risiko yang wujud dalam dunia maya, seperti perisian hasad, penipuan siber, dan buli siber.