Tarikh : 16 Julai 2022 Masa : 9.00 Am – 12.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Bengkel Rancangan Perniagaan ini merupakan kerjasama dengan PEDi Kg Ranau. Penceramah bengkel ini En.Mohd Ardhani merupakan Pengurus Zhas Studio yang berpengalaman. Rancangan Perniagaan merupakan sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan perniagaan yang hendak dilaksanakan. Oleh yang demikian, bengkel ini mendedahkan kepada para peserta tentang bagaimana untuk menyediakan sebuah rancangan perniagaan yang lengkap dan komprehensif. Peserta juga akan dapat memahami asas dan kepentingan sebuah Rancangan Perniagaan dan mengenali kumpulan pelanggan sasaran atau pihak yang berminat dengan Rancangan Perniagaan.
Aktiviti
Penceramah memulakan sesi penerangan tentang Rancangan Perniagaan. Para peserta juga akan didedahkan dengan sumber-sumber untuk memperoleh kemudahan kewangan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Sesi soal jawab dan sesi praktikal membuat rancangan perniagaan turut diadakan.