Tarikh : 14 Mac 2024 Masa : 2.00 Pm – 4.30 Pm Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Tujuan E-Learning Bahasa English ini dijalankan adalah untuk membolehkan pengalaman pembelajaran yang menarik disesuaikan dengan keperluan individu. Pelajar dapat memilih bahan pembelajaran yang paling sesuai dengan tahap kemahiran mereka dan bergerak pada kadar yang sesuai dengan kebolehan masing-masing. Disamping itu, memiliki kemahiran Bahasa English yang kukuh membolehkan pelajar mengakses sumber-sumber ini dengan lebih mudah dan memahami bahan-bahan tersebut dengan lebih baik.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning bahasa English terlebih dahulu oleh petugas NADI. Kemudian petugas menyediakan vedio khas dari youtube untuk latihan tatabahasa, perbendaharaan kata supaya pelajar lebih cepat memahami dan sekaligus meningkatkan keyakinan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa English. Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini.