Kampung Tonsom merupakan salah satu tempat yang berdekatan dengan Simpang Tiga Langkon. Kemudahan Asas yang terdapat di Kampung Tonsom dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti setempat dan sekitarnya. Dengan adanya kemudahan-kemudahan yang disediakan, ia dapat memudahkan komuniti untuk melakukan aktiviti harian seperti bersukan dan menjalankan aktiviti keagamaan di Gereja yang berdekatan.
Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, pendudk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di pekan Kota Marudu. Berikut merupakan kemudahan asas yang di sediakan di Kampung Tonsom.
GEREJA SEVENTH DAY ADVENTIS (SDA)
Gereja Seventh Day Adventis (SDA) ini terletak di dalam kawasan Kampung Tonsom dan merupakan salah satu gereja yang utama digunakan oleh kebanyakkan penduduk kampung yang beragama kristian SDA.
DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG TONSOM
Dewan Sebaguna ini disediakan untuk kemudahan semua penduduk Kampung Tonsom yang berdekatan dengan Simpang Tiga Langkon yang memuatkan ratus orang dalam satu masa. Dewan sebagina ini merupakan tempat menjalankan aktiviti samaada rasmi, tidak rasmi atau riadah. Dewan ini juga lengkap dengan kemudahan gelanggang badminton dan juga kerusi.
Sumber Rujukan / Carian : Gambar diambil sendiri oleh Petugas & maklumat daripada orang kampung