Tarikh : 12 Febuari 2024 Masa : 2:00 Pm – 4:00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta menggunakan Microsoft word dan belajar cara untuk convert data dalam bentuk pdf. Seterusnya, para peserta juga dapat belajar cara-cara menggunakan persisian yang berkaitan dengan penyimpanan data dan convert data dalam bentuk pdf. Disamping itu, aktiviti seperti ini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan juga dapat memberikan manfaat kepada pelajar sekolah.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Petugas memberi penerangan dan panduan cara-cara membuat file dalam bentuk pdf yang boleh diedit menggunakan perisian ini. Selain itu, Petugas juga memberikan tunjuk ajar cara menaip. Para pelajar di berikan tugasan untuk membuat file berdasarkan maklumat yang telah diajar kepada mereka. Melalui aktiviti ini mereka akan lebih mengingati dan boleh menggunakan perisian ini.