Tarikh : 09 Febuari 2024 Masa : 2:00 Pm – 4:00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas ICT dijalankan di PEDi Simpang Tiga Langkon bertujuan belajar membuat carta organisasi menggunakan Microsoft Word. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word kepada para peserta seperti cara-cara membuat organisasi. Seterusnya, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Kelas ICT ini dijalankan di PEDi Simpang Tiga Langkon. Petugas menerangkan setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat di dalam microsoft Word 2021 dalam membuat carta oranisasi. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas ini.