mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Januari 2024 – Advokasi KDB (Penipuan dalam Internet)

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Advokasi “mengenal pasti muslihat dan penipuan di internet” merupakan Modul 3 pelajaran mengenai Klik dengan Bijak. Objektif kelas ini supaya pelajar memahami bahawa tidak semua yang mereka lihat di internet adalah benar, dan bagaimana untuk mengenali penipuan di ruangan tersebut. Selain itu, pelajar juga akan mengulang kaji bagaimana untuk melindungi diri mereka dari penipuan  dan mempelajari tindakan yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa penipuan. 

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PEDi tentang topik pembelajaran Advokasi “mengenal pasti muslihat dan penipuan di internet”.  Para pelajar diedarkan buku panduan pelajar supaya mereka boleh merujuk nota-nota penting yang disampaikan oleh Petugas PEDi.  Penayangan Video “steering clear of cyber tricks” dan sesi soal jawab diadakan supaya mereka lebih memahami dan mengingati sesi pembelajaran ini.Pelajar juga diberikan tugasan permainan untuk menjawab soalan aktiviti pasca penilaian” Anda mahu jadi Jutawan” . Melalui aktiviti ini pelajar dapat belajar bagaimana untuk menghindari muslihat dan penipuan di internet, dan juga amalan terbaik dalam pengendalian diri. 

Gambar Disini