Tarikh : 19 Januari 2024 Masa : 08:00 Am – 1:00 Pm Lokasi : PEDi Pekan Tandek Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas keusahawanan ini diadakan di PEDi Pekan Tandek bersama Kluster PEDi Kota Marudu dan Rakan Digital untuk membantu usahawan yang ingin meningkatkan jumlah pasaran dengan menggunakan aplikasi shopee. Selain itu, Rakan Digital juga membantu memberikan penerangan mengenai shopee dimana ia dapat membantu para usahawan khususnya golongan belia agar lebih memahami asas e-dagang. Kelas ini juga bertujuan bagi memberikan keyakinan kepada usahawan untuk membina kedai online dengan menggunakan aplikasi shopee.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan tunjuk ajar daripada Rakan Digital tentang bagaimana cara untuk membuka akaun kedai shopee secara asas. Seterusnya, rakan digital juga memberikan penjelasan mengenai kelebihan meningkatkan pemasaran produk usahawan. Di samping itu, kelas ini dapat memberikan peluang kepada para peserta yang ingin memulakan perniagaan mereka secara atas talian.