mcmc
Utama

KEMASKINI MAKLUMAT ANDA DALAM SISTEM PADU

WhatsApp Image 2024-01-15 at 11.29.59 AM

 

Bermula 2 Januari 2024, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat anda ke dalam sistem PADU. ??? ??? ?????? PADU merupakan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat. Oleh itu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Simpang Tiga Langkon Kota Marudu mengalu-alukan kedatangan anda ke PEDi Simpang Tiga Langkon dan jangan lupa untuk membuat temujanji dengan Petugas.”

Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.

Pautan portal PADU:
http://www.ekonomi.gov.my/padu

#kementerianekonomi
#PADUsejahtera
#MalaysiaPADU
#MalaysiaMADANI