Tarikh : 4 Julai 2022 Masa : 2.00 Pm – 4.00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Power Point ini bertujuan untuk memberikan kemahiran ICT kepada para pelajar secara berterusan dengan mempelajari suntingan imej berdasarkan Ms Power Point 2021. Selain itu, petugas juga telah memberikan sedikit penerangan dalam menggunakan power point untuk menyunting imej seperti menghasilkan poster dan melakukan proses pengeditan. Oleh itu, pelajar dapat mengetahui asas proses pengeditan imej dengan hanya menggunakan Ms Power Point 2021.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang suntingan imej yang menggunakan Ms Power Point 2021 kepada peserta. Kemudian, para pelajar diberikan tugasan untuk mengedit imej mengikuti kreativiti masing-masing dengan menggunakan Ms Power Point 2021. Sepanjang kelas ini berlangsung, petugas memastikan SOP dipatuhi oleh pengunjung yang datang di PEDi Simpang Tiga Langkon.