mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Disember 2023 – Kelas ICT – Microsoft Power Point

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Animasi Ms Powerpoint 2021 ini dibuat supaya para pelajar mahir dan mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungsi-fungsi didalam microsoft power point.  Para pelajar diajar cara memasukkan gambar dan memberi kesan (animasi) pergerakan keatas gambar dan teks yang digunakan.  Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas pembentangan dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian atau tugasan pada masa akan datang.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas tentang fungsi-fungsi dan cara-cara menggunakan perisian Powerpoint. Pelajar akan menggunakan Ms Powerpoint 2021 untuk menulis dan membuat slide mereka. Setelah selesai , mereka dikehendaki membentangkan hasil kerja yang telah mereka buat. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar dapat meningkat kemahiran ICT mereka.