Tarikh : 13 Disember 2023 Masa : 9:00 Am – 11:00 Am Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 3 Orang |
Tujuan
STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Aktiviti STEM Challenge ini dapat mendidik generasi muda supaya dapat menceburkan diri dalam bidang inovasi dan membentuk kemahiran dalam kerja yang berorientasikan kemahiran STEM.
Aktiviti
Sebelum aktiviti dilakukan, petugas memberi sedikit penerangan tentang cara-cara membuat Airplane kepada pelajar. Para pelajar menonton video dari Youtube supaya mereka lebih memahami cara-cara membuat Airplane menggunakan kertas. Para pelajar akan dapat mempelajari konsep saintifik utama seperti kelajuan, aerodinamik dan daya saintifik yang lain. Mereka akan cuba menerbangkan kapal terbang kertas yang berjaya dibuat.