Tarikh : 01 Disember 2023 Masa : 9:00 Am – 5:00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 20 Orang |
Tujuan
Program E-usahawan anjuran MDEC dan Team Corn Corn Husk Craf bersama komuniti ini dilaksanakan di PEDi Simpang Tiga Langkon. Tenaga Pengajar adalah Encik Azhar selaku coach yang bekerja dibawah MDEC. Program ini bertujuan menyokong pembangunan kemahiran keusahawanan digital terutama dalam bidang pemasaran digital dan E-Dagang untuk komuniti sekitar Daerah Kota Marudu. Antara topik yang diberikan adalah pengenalan Geran perniagaan Digital dan pengurusan, pemasaran serta pengunaan tekonologi digital seperti konten kreatif dan copy writing, tiktok serta live streaming. Coach Azhar merupakan salah satu trainer yang sangat berpengalaman dan telah membantu ramai usahawan yang dibimbing berjaya dalam perniagaan.
Aktiviti
Sebelum Program ini dimulakan, peserta akan diminta untuk mendaftarkan nama terlebih dahulu kemudian mereka akan mendapatkan tempat duduk di bilik training. Kelas dimulakan dengan sesi pengenalan daripada peserta dan coach Azhar. Peserta akan diajar tentang geran-geran yang bersesuaian dengan perniagaan mereka. Selain itu, peserta akan diajar tentang cara-cara menggunakan teknologi digital yang boleh digunakan untuk memulakan perniagaan dalam talian. Sepanjang kelas ini berlansung, peserta sangat komited dan fokus untuk mempelajari sesuatu yang baru. Setelah sesi kursus telah selesai, Staff MDEC mengadakan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada semua peserta.