mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Oktober 2023 – Program Advokasi KDB & S.A.F.E Internet Di Sk Pekan II Kudat

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program ini dijalankan di Sk Pekan II Kudat dengan penglibatan para pelajar sekolah rendah seramai 450 orang. Kluster PEDi Kota Marudu telah memberikan taklimat mengenai advokasi KDB dan S.A.F.E Internet kepada para pelajar. Selain itu, program amat penting untuk diadakan secara berterusan agar dapat membimbing para pelajar dalam penggunaan internet dengan betul dan lebih memahami tentang advokasi klik dengan bijak. Selain itu, Program advokasi ini dapat memberi kesedaran awal kepada para pelajar tentang pentingnya berhati-hati menggunakan media sosial serta internet terutamanya berkenaan dengan maklumat diri. Kluster PEDi Kota Marudu membuat pelbagai insiatif untuk membantu pelajar-pelajar sekolah kawasan Kudat agar lebih berwaspada dan bertanggungjawab dalam menggunakan internet. Seterusnya, Kluster PEDi Kota Marudu juga mempromosikan perkhidmatan PEDi serta kelas dan aktiviti yang dilakukan di PEDi agar mereka lebih tertarik menggunakan perkhidmatan yang ada. 

Aktiviti

Para petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai PEDi iaitu pusat ekonomi digital yang semakin dikenali dalam kalangan pelajar. Seterusnya, setiap petugas turut menyampaikan taklimat mengenai advokasi KDB dan penggunaan internet yang betul. Objektif program ini agat dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kebaikan dan keburukan internet dalam kehidpan harian. Selain itu, petugas juga turut berkongsi tips keselamatan untuk melayari internet dengan cara yang betul dan selamat. Disamping itu, aktiviti kuiz juga diadakan bagi menguji tahap kefahaman para pelajar mengenai taklimat yang disampaikan. Sepanjang aktiviti ini para pelajar sangat fokus dan faham dengan topik yang dibincangkan. 

GAMBAR DISINI