Komuniti

Komuniti

SEJARAH DAN ASAL USUL NAMA KAMPUNG TONSOM

 Simpang Tiga Langkon merupakan salah satu tempat untuk warga penduduk di area berdekatan untuk membeli keperluan asas mereka. pekan kecil ini dikelilingi beberapa buah kampung. Kampung Tonsom merupakan kampung yang paling terdekat dengan Simpang Tiga Langkon. Kampung Tonsom wujud sebelum merdeka. Pada ketika itu, suku kaum Dusun mengamalkan cara berladang di bukit untuk meneruskan kehidupan. selain itu, penduduk pada ketika itu berpindah randah pada setiap tahun. disebabkan penduduk suku kaum Dusun mengamalkan cara berladang di bukit dan berpindah randah, maka kawasan Kampung Tonsom terwujud diaktibatkan oleh pembukaan kawasan yang pada mulanya adalah sebuah hutan dan tempat tersebut dijadikan tempat untuk penduduk berladang.

Oleh Sebab kawasan tersebut (pada ketika itu) adalah masih sebuah hutan yang tebal, terdapat anak sungai dalam hutan tersebut yang mempunyai air jernih. Di dalm anak sungai tersebut terdapat banyak hidupan air seperti ikan, siput dan lain-lain. oleh yang demikian, kawasan tersebut telah dijadikan penempatan yang baru kepada penduduk disebabkan adanya anak sungai yang kaya dengan hidupan air. Hal ini menyebabkan penduduk suku kaum Dusun pada ketika itu tertarik dengan kawasan ini disebabkan adanya anak sungai yang membantu mereka meneruskan kehidupan harian mereka. Sepanjang anak sungai tersebut terdapat banyak pokok-pokok yang besar dan apabila pokok tersebut berbuah, buahnya masam. Apabila buah tersebut sudah masak maka buah tersebut akan jatuh ke dalam air sungai. Orang Kampung yang meminum air sungai itu akan merasakan air tersebut asam. demikian juga dengan rasa hidupan air sungai seperti ikan, siput dan lain-lain turut terasa asam apabila dimakan.

Disebabkan dua faktor itulah kawasan yang baru mereka jadikan sebagai penempatan dan mereka namakan kawasan tersebut sebagai Kampung Donsom(Tonsom). kesimpulannya, nama Kampung Tonsom diambil dari dua sumber alam semulajadi. 

1. Pokok Kayu yang berbuah asam

2. Anak sungai yang terdapat di kawasan tersebut.

Sumber Rujukan / Carian : Ketua Kampung Tonsom, Encik Supitang Bin Lingkop

 

AHLI PARLIMEN KOTA MARUDU

Wakil Rakyat bagi kawasan Parlimen P168 Kota Marudu adalah YB Datuk Wetrom bin Bahanda

Maklumat Ahli Parlimen
MAKLUMAT
 
Nama YB Datuk Wetrom Bin Bahanda
Parti KDM
Tempat Duduk D-60
Parlimen P168
Kawasan Kota Marudu
Negeri Sabah
No. Telefon 088-661685
No. Faks  
Email wetrom70@yahoo.com
Alamat Surat-menyurat Lot 578, H.No 5, Lorong Raja Udang 12, Taman Kingfisher 11, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

 

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KOTA MARUDU (ADUN) 

Kawasan Parlimen Kota Marudu terbahagi kepada dua kawasan ADUN iaitu N4 Matunggong dan juga N5 Tandek. Walaubagaimanapun, terkini Kota Marudu adalah dibawah ADUN N6 Bandau yang disandang oleh YB Datuk Wetrom Bin Bahanda 

datuk-wetrom

YB Datuk  Wetrom Bin Bahanda ADUN N6 Bandau (Kawasan Kota Marudu)

Pembantu Menteri  Kepada Ketua Menteri

Sumber Rujukan / Carian : https://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=4207 (Protal Rasmi Parlimen Malaysia) 

 Sumber Rujukan / Carian: https://dun.sabah.gov.my/ms/adun/senarai-adun (Laman Web Rasmi Dewan Undangan Negeri Sabah)