Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Jun 2022 – Kelas ICT Pengenalan Asas Komputer Kepada Pelajar Sekolah Rendah

Kelas ICT asas pengenalan Asas komputer ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran komputer kepada pelajar Sekolah Rendah. Selain itu, petugas memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Pengenalan asas komputer kepada para peserta dapat membantu mereka menyiapkan tugasan sekaligus mengenalpasti fungsi-fungsi komponen komputer yang disediakan di PEDi Simpang Tiga Langkon. Selain itu, para pelajar juga boleh mendapatkan maklumat tambahan seperti membuat rujukan menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat terutamanya dalam pembelajaran.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan asas komputer oleh petugas. Para peserta diajar tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Selain itu, para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer dan peserta juga diajar  menggunakan komputer dengan betul. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP  dipatuhi oleh para peserta yang mengikuti kelas pengenalan komputer ini.

GAMBAR DISINI